TAHUKAH ANDA?


# Baru-baru ini, harga minyak MELAMBUNG 40%, harga barang makanan, harga bahan api, gas, elektrik dan tenaga, tol, tambang dan bermacam-macam lagi harga dipasaran sekarang semakin MENINGKAT hari demi hari. Hidup rakyat Malaysia kini semakin dihimpit kerisauan dan kegelisahan. Dalam keadaan sebegini tiada siapa yang boleh membantu kita malahan kerajaan sendiri tidak mampu untuk berbuat apa-apa, maka ia hanya terletak kepada DIRI ANDA SENDIRI untuk MERUBAHNYA. Anda MESTI bertindak SEKARANG dengan melabur di dalam UNIT AMANAH PUBLIC MUTUAL, pelaburan yang menjamin masa hadapan anda. Insya'Allah, pasti ANDA TIDAK AKAN MENGHADAPI MASALAH DI KEMUDIAN HARI!!


# Ramai rakyat Malaysia kini tertipu dengan pelaburan-pelaburan yang haram di sisi Islam dan undang-undang Malaysia, dengan harapan mendapat keuntungan yang besar dalam jangka masa yang singkat. Sedangkan kerajaan telah membuka ruang dan platform pelaburan yang sah.


# Anda boleh memaksimumkan wang KWSP anda melalui pelaburan dalam Public Mutual. Pulangan KWSP tahun lepas hanya 5%. Tapi pulangan Unit Amanah Public Mutual tahun lepas ada yang mencecah 33%. Oleh itu jangan lepaskan peluang ini. Bahkan anda juga boleh membuat pelaburan dalam Public Mutual dengan nilai pelaburan permulaan yang rendah.


# Jika anda melabur = RM2,000 >>> Untung = 20% setahun, dalam masa 20 tahun, duit pelaburan RM2,000 anda akan menjadi = RM2,000 x (1 + 20%)^20 = RM76,675.20. SUNGGUH LUMAYAN!!


# Jumlah kos pengajian degree di IPTA = RM 25,000 manakala kadar inflasi semasa = 3.5%. Katakan anda mempunyai anak berumur 2 tahun, dlm masa 15 tahun lagi dia akan melanjutkan pelajaran ke IPTA..! Jumlah kos pengajian degree di IPTA tahun 2022 = RM25,000.00 x (1 + 0.035)^15 = RM41,883.70. Oleh itu, ELAKKAN masalah kewangan ini berlaku kepada diri anda kelak..!!!


Jika anda benar-benar ingin menikmati pulangan lumayan dari sistem penjanaan wang untuk masa kini dan akan datang, inilah pelaburan yang halal disisi Islam dan sah disisi undang-undang Malaysia. Mulakan langkah pelaburan bijak anda dengan Pelaburan Unit Amanah Public mutual.

Sunday, 15 August 2010

Compounding Interest

Tahukah anda bahawa “compounding interest” adalah salah satu senjata orang-orang kaya untuk menjadi lebih kaya? Dalam membuat pelaburan “compounding interest” adalah satu faktor yang sangat penting dalam menambah banyakkan wang terkumpul anda.

Inilah istilah yang tepat kepada “Wang bekerja untuk Wang” @ “Money at work”. Inilah rahsia yang kebanyakan kita tidak tahu dan video dibawah memudahkan kita untuk memahami apa itu “compounding interest”.

Video dibawah akan menunjukkan jumlah wang anda yang bakal terkumpul selama 35 tahun kedepan dengan hanya menyimpan RM 100, RM 200, RM 300, Rm 400 dan RM 500. Dengan anggaran pulangan tahunan sebanyak 10% sahaja jumlah wang terkumpul akan membuatkan anda teruja untuk menyimpan duit. percayalah…Saksikan video ini ya.




Sistem ini terdapat pada Public Mutual. Jadi, apa tunggu lagi??? Mari melabur..

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada saya di nombor perhubungan ini; 019-8735740 ataupun email pertanyaan anda ke alamat email ini; krangkang_2003@yahoo.com.

Friday, 23 July 2010

Pelaburan Unit Amanah Saham, Simpanan Tetap dan Inflasi

Pelaburan unit amanah saham merupakan instrumen pelaburan yang masih belum mendapat pasaran yang meluas di Malaysia, walaupun prestasinya telah terbukti di antara yang terbaik di Rantau Asia terutama untuk pelaburan dana islamiknya.

Pecahan Unit Amanah Saham di Bursa Malaysia

Hanya 14% dari jumlah keseluruhan pelaburan di Bursa Malaysia yang dilabur di dalam pelaburan unit amanah saham, berbanding 48% di bursa negara Jepun atau lebih 40% di bursa-bursa negara maju lainnya.

Simpanan Tetap (Fixed Deposit) masih lagi menjadi pilihan majoriti rakyat Malaysia untuk menyimpan wang bagi jangkamasa sederhana dan panjang.

Manfaat Unit Amanah Saham terhadap Inflasi

Pada umumnya, pelaburan unit amanah saham berupaya membantu para pelabur menghadapi susutnilai inflasi menerusi pulangan pelaburan yang lebih menarik jika dibandingkan dengan Simpanan Tetap, apatah lagi Simpanan Biasa.

Di bawah ini adalah ilustrasi perbandingan pulangan pelaburan berjumlah RM1,000,000 yang dismpan atau dilaburkan di dalam Akaun Simpanan Tetap dan Unit Amanah Saham.


Pelaburan

RM1,000,000

Akaun

Simpanan Tetap

(RM)

Unit Amanah Saham

(RM)

Tempoh pelaburan

(Tahun)

Jika, Pulangan = 4%

Dan, Inflasi = 3%

Jadi, adjusted rate =

= (4–3)% / 1+3%

= 0.9709 %

Jika, Pulangan = 10%

Dan, Inflasi = 3 %

Jadi, adjusted rate =

= (10-3)% / 1+3%

= 6.7961%

Jika, Pulangan = 15%

Dan, Inflasi = 3 %

Jadi, adjusted rate =

= (15-3)% / 1+3%

= 11.6505%

1

1,009,798

1,067,961

1,116,505

2

1,019,512

1,140,541

1,246,583

3

1,029,411

1,218,052

1,391,816

5

1,049,497

1,389,239

1,735,015

10

1,101,443

1,929,985

3,010,279

15

1,155,961

2,749,800

5,222,880


Purata kadar inflasi Malaysia pada tahun 2006 adalah pada aras 3.60%1, dan dijangkakan kadar inflasi pada tahun 2007 akan berada pada aras 2.50% – 3.00%.

Merujuk kepada kadar inflasi tahunan pada bulan Mac 2006 yang pernah mencecah 4.80%2, Profesor Dr. Mohamed Ariff dari MIER (Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia), dalam artikelnya merumuskan bahawa dengan kenaikan kadar inflasi melebihi kadar faedah perbankan (Simpanan Tetap), akan menyebabkan pulangan sebenar adalah negatif. Oleh itu, pelaburan Unit Amanah Saham adalah pilihan yang lebih baik.3



Nota :
1. Sumber : The Edgedaily, 16 April 2007, “Ecnomics Watch : Inflation Is Still A Risk”.

2. Sumber : Business Times, 20 April 2006, “March Inflation Leaps On High Transport Costs”.
3. Sumber :The Star, 20 Mac 2006, “Unit Trusts An Attractive Option For Savers”.


Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada saya di nombor perhubungan ini; 019-8735740 ataupun email pertanyaan anda ke alamat email ini; krangkang_2003@yahoo.com.

Wednesday, 18 November 2009

Adakah simpanan KWSP anda mencukupi untuk menjamin persaraan anda?

Hakikat Kehidupan :

1. 70% daripada pesara menggunakan kesemua wang simpanan KWSP mereka dalam tempoh 3 tahun selepas bersara.

2. Hanya 5% rakyat Malaysia bersedia untuk bersara.
(Sumber : The Star 25 mei 2007)

3. Simpanan yang tidak mencukupi dikalangan ahli membimbangkan KWSP khususnya dengan peningkatan kos sara hidup.
(Sumber NST 23 April 2008)

Kos Sara Hidup dan Inflasi

Kos bagi 3 hidangan 20 tahun yang lalu adalah RM10 dan hari ini kosnya adalah RM25 tetapi dalam masa 20 tahun akan datang, dengan kadar inflasi sebanyak 4% anda perlu membelanjakan RM54 sehari untuk 3 hidangan makanan.

Jumlah simpanan di dalam akaun KWSP dan bank anda mungkin nampak lumayan akan tetapi, wang anda perlu di laburkan dengan betul agar nilai sebenar wang anda tidak merosot akibat inflasi.

Bagaimana untuk memperolehi pulangan daripada wang KWSP anda?

Pilihan 1

Dengan simpanan bulanan RM 1 000 di dalam KWSP dengan purata pulangan 4.5%, anda akan mendapat RM 388124 dalam jangka masa 20 tahun.

Pilihan2

Dengan simpanan bulanan RM 1 000 di dalam KWSP anda dan anda mengeluarkan RM 5 000 setiap suku tahun untuk melabur dalam unit amanah saham Public Mutual dengan purata pulangan 8%, pada penghujung 20 tahun anda akan menerima sebanyak RM 1 357 000 !

Mana satu pilihan anda?

Pilihan 1 --> KWSP = RM 388 124

Pilihan 2 --> KWSP & Unit Amanah Saham Public Mutual = RM 1 357 000

Cuba lihat statistik di bawah tentang pulangan tahunan (%) di dalam beberapa segmen pelaburan yang berbeza dalam tempoh 10 tahun.

KLCI = 12.79%
Dana Ekuiti tempatan = 15.99%
Dana Bon =7.65%
FD 12 bulan = 3.84%
Dividen KWSP = 5.4%

(Sumber : Bloomberg, Lipper & KWSP setakat Mei 2008 dan laman web KWSP)

Nota : Berdasarkan prestasi terdahulu. Tidak boleh di ambil kira sebagai prestasi akan datang.

Sejak November 1996, semua pencarum KWSP yang layak akan dibenarkan mengeluarkan sebahagian daripada simpanan mereka untuk dilaburkan di dalam unit amanah.

Mulai 1 Februari 2008, ahli boleh melabur sehingga maksima 20% daripada baki di dalam Simpanan Asas dalam akaun 1. Jumlah minima simpanan yang boleh dikeluarkan adalah RM1,000 dan boleh dibuat dalam jarak tempoh 3 bulan dari tarikh pemindahan terakhir, tertakluk kepada baki simpanan Asas dalam akaun 1.

Optimumkan Tabung KWSP anda bersama Public Mutual

Seramai lebih daripada 1.65 juta pemegang akaun Public Mutual telah mendapat manfaat dari pengalaman dan kepakaran Public Mutual dalam pengurusan dana selama 27 tahun.

Di antara dana-dana Syariah (yang berlandaskan Islam) yang terdapat di Public Mutual

1)Public Dana Ittikal = Jumlah pulangan 3 tahun 81.65%
2)Public Dana Islamic Equity = Jumlah pulangan 3 tahun 77.48%
3)Public Dana Islamic Opportunities = Jumlah pulangan 1 tahun 51.19%
4)Public Dana Islamic Dividend = Jumlah pulangan 1 tahun 36.98%
5)Public Dana Asia Ittikal = Jumlah pulangan 1 tahun 25.69%
6)Public Dana Islamic Balanced = Jumlah pulangan 1 tahun 22.93%

(Sumber LIpper Asia Ltd, 14 Januari 2008) Prestasi di atas adalah berdasarkan pada 31 Disember 2007

Selain daripada Skim Pelaburan KWSP, anda juga boleh membuat pelaburan secara tunai (cash). Pelaburan permulaan minima adalah RM1,000 dan pelaburan tambahan minima ialah RM100

Unit Amanah membolehkan anda merancang kewangan anda dengan sempurna dan anda boleh melakukan perancangan untuk matlamat :

1) Perancangan Persaraan Anda
2) Perancangan Pendidikan untuk anak-anak Anda
3) Perancangan kewangan bagi mengatasi Inflasi
4) Perancangan pengurusan hutang anda

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada saya di nombor perhubungan ini; 019-8735740 ataupun email pertanyaan anda ke alamat email ini; krangkang_2003@yahoo.com.

Sunday, 8 November 2009

Anugerah Pengurus Dana Islam Terkemuka untuk 3 tahun berturut-turut

Anak syarikat milik penuh Public Bank, Public Mutual memenangi anugerah Pengurus Dana Islam Terkemuka untuk 3 tahun berturut-turut di majlis penyampaian Tahun 2009 Anugerah KLIFF (Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur) Kewangan Islam ke-6. Anugerah tersebut disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Y.B Tan Sri Nor Mohamed Yakcop kepada Ketua Pegawai Eksekutif Public Mutual Yeoh Kim Hong di majlis penyampaian anugerah tersebut yang diadakan pada 3 November 2009 di Hotel Nikko Kuala Lumpur.


Yeoh menyuarakan perasaan bangga bahawa Public Mutual sekali lagi mendapat pengiktirafan yang berprestij ini, anugerah ini merupakan anugerah ke-138 yang dimenangi oleh Public Mutual sejak tahun 1999. “Memenangi anugerah yang disanjung ramai ini membuktikan komitmen Public Mutual yang berterusan dalam memberi nilai yang tinggi serta memenuhi keperluan yang pelbagai untuk pemegang-pemegang unit kami,” kata dia. Dia juga mengucapkan terima kasih kepada pemegang-pemegang unit atas sokongan dan keyakinan mereka yang berterusan terhadap Public Mutual.


Public Mutual merupakan pemimpin dalam sektor dana unit amanah Islam swasta di Malaysia. Pada 30 September 2009, syarikat tersebut menguruskan 24 dana Islam dengan jumlah aset Islam di bawah pengurusan syarikat sebanyak RM13.2 bilion. Ini merupakan 58.3% bahagian pasaran sektor dana unit amanah Islam swasta.


Public Mutual juga merupakan syarikat unit amanah swasta yang terbesar di Malaysia, mengurus sebanyak 71 dana. Syarikat tersebut mempunyai seramai lebih 2,000,000 pemegang akaun yang diservis oleh seramai 40,000-perunding unit amanah. Pada 30 September 2009, jumlah nilai aset bersih dana yang diuruskan oleh syarikat tersebut adalah sebanyak RM33.8 bilion.


Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada saya di nombor perhubungan ini; 019-8735740 ataupun email pertanyaan anda ke alamat email ini; krangkang_2003@yahoo.com.

Public Mutual mengumumkan pengagihan untuk 5 dana


Anak syarikat milik penuh Public Bank, Public Mutual mengumumkan pengagihan untuk lima daripada dana-dananya. Jumlah pengagihan kasar yang diumumkan untuk dana-dana yang mempunyai tahun kewangan berakhir pada 31 Oktober 2009 adalah seperti berikut:

Dana Pengagihan Kasar : Unit

Public Dana Industry : 4.50 sen
Public Dana Equity : 2.50 sen
Public Dana Islamic Bond : 4.00 sen
Public Dana Asia Ittikal : 0.50 sen
PB Dana Asia Real Estate Income : 1.00 sen

Ketua Pegawai Eksekutif Public Mutual Yeoh Kim Hong berkata bahawa dana-dana ini telah mencapai prestasi yang baik dan berupaya menghasilkan pulangan menarik sebanyak dua digit bagi tempoh berakhir 9 Oktober 2009.

Menurut Jadual Dana The Edge-Lipper yang bertarikh 19 Oktober 2009, Public Dana Industry dan Public Dana Equity telah menghasilkan pulangan satu tahun sebanyak 21.98% dan 38.41% masing-masing bagi tempoh berakhir 9 Oktober 2009.


Sementara itu, Public Dana Islamic Bond menghasilkan pulangan sebanyak 10.57% bagi tempoh yang sama. Public Dana Islamic Bond merupakan sebuah dana yang telah memenangi banyak anugerah, iaitu sebanyak 10 anugerah dana dalam kategorinya daripada Anugerah Dana Islam Failaka (Dubai), Anugerah Dana Malaysia The Edge-Lipper, Anugerah Dana Morningstar (Malaysia) dan Anugerah Dana Pelaburan Malaysia The Star/Standard & Poor’s.


Pada masa yang sama, Public Dana Asia Ittikal dan PB Dana Asia Real Estate Income mencatatkan pulangan satu tahun sebanyak 37.27% dan 46.38% masing-masing bagi tempoh berakhir 9 Oktober 2009. PB Dana Asia Real Estate Income menduduki tempat No.1 untuk pulangan satu tahun menurut Jadual Dana The Edge-Lipper yang bertarikh 19 Oktober 2009.


Kesemua dana tersebut diedarkan oleh perunding-perunding unit amanah Public Mutual, kecuali PB Dana Asia Real Estate Income yang diedarkan oleh cawangan-cawangan Public Bank di seluruh negara.


Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta yang terbesar di Malaysia, menguruskan sebanyak 71 dana. Syarikat tersebut mempunyai seramai lebih 2,000,000 pemegang akaun yang diservis oleh seramai 40,000 perunding unit amanah.

Pada 30 September 2009, jumlah nilai aset bersih dana yang diuruskan oleh syarikat tersebut adalah sebanyak RM33.8 bilion.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada saya di nombor perhubungan ini; 019-8735740 ataupun email pertanyaan anda ke alamat email ini; krangkang_2003@yahoo.com.

Wednesday, 21 October 2009

Dana Pendidikan IPT Anak : Insurans atau Unit Trust ?

Ramai orang mungkin tertanya-tanya , kalau nak sediakan dana pendidikan IPT untuk anak, nak simpan di Insurans ( Investment Linked ) atau nak simpan di Unit Trust (saham amanah)? Dua-dua agen Insurans dan Unit Amanah datang dan memberikan pakej dan tujuan yang sama, iaitu EDUCATION FUND. Mana satu lebih baik? Mana satu lebih efisyen? Salah satu atau kedua-dua sekali?

Berikut merupakan sedikit panduan untuk ibu bapa dalam mencari instrumen terbaik untuk dana pendidikan anak.

PANDUAN 1 : Ketahui dimana, dan BERAPA kos pendidikan akan datang. Kepada ibubapa, seperti yang kita sedia maklum, inflasi memainkan peranan penting dalam harga barangan hari ini. Begitu jugalah kos pendidikan nanti. Bila disebut kos pendidikan, ia bukan bermakna Yuran Pengajian IPT sahaja, tetapi merangkumi kos sara hidup seperti makan minum, tempat tinggal, pakaian, pengangkutan, komputer, bahan ilmiah dan pelbagai lagi keperluan seorang manusia yang bernama pelajar IPT.

Pada hari ini, di dalam negara, kebiasaannya pelajar yang masuk IPTA seperti USM, mereka akan meminjam antara RM 40 000 hingga RM 45 000 dari PTPTN untuk membiaya pengajian mereka. Jumlah ini boleh dikatakan agak tinggi pada hari ini. Ini adalah IPT AWAM. Sebahagian kos disubsidi oleh kerajaan. Untuk IPT Swasta seperti Petronas, Uniten dll, pelajar akan pinjam antara RM 60 000 ++. 12 tahun lepas, seorang sahabat saya meminjam RM 17 000 ++ utk masuk IPTA. Hari ini, sahabat saya itu menjamin adiknya untuk program berkembar dgn IPT Awam, pinjaman dari MARA, sebanyak RM 80 000++. Figure ini adalah situasi untuk HARI INI. Untuk anak-anak di masa hadapan, 15 hingga 20 tahun lagi, nilainya adalah 2 atau 3 kali ganda dari hari ini. RM 100 000 +++? TAK MUSTAHIL.

Kos IPT luar negara…lagi tinggi lah.

Jadi bersikap prihatinlah dengan kos pendidikan di masa hadapan.

PANDUAN 2: Bersikap realistik dengan jumlah simpanan Sedar dan wake up. Dengan kata lain, jika anda sudah mengetahui jumlah kos pendidikan akan datang meningkat 2 atau 3 kali ganda, maka anda juga perlu bersikap REALISTIK dengan jumlah simpanan yang ingin dibuat. Tak kira lah dgn Insurans atau Unit Amanah, kalau anda simpan RM 50 sahaja sebulan, 20 tahun akan datang rasanya anda hanya mampu utk bayar yuran pengajian semester pertama sahaja. Jadi bersedialah untuk menyimpan dari 9 – 15% dari gaji anda untuk simpanan pendidikan anak. Perancang Kewangan kata, 1/3 gaji sepatutnya digunakan untuk tujuan pelaburan dan insurans. Jadi dari 1/3 ini, bahagikan/sediakan sedikit untuk keperluan pendidikan anak.

PANDUAN 3 : Insurans atau Unit Amanah? Seperti yang sedia maklum, Insurans pada hari ini menawarkan polisi yg berbentuk pelaburan yg disebut Investment Linked Insurans. Ia adalah polisi yang menggabungkan 2 elimen iaitu perlindungan dan pelaburan. Sebahagian premium digunakan untuk membayar charge insurans dan sebahagian lagi digunakan untuk pelaburan saham amanah. Syarikat Insurans sendiri sekarang mempunyai dana saham amanah mereka sendiri. Sama macam syarikat pelaburan Saham Amanah yang lain.

Perlu diketahui, jika anda menyimpan RM 100 di Insurans dan dengan Unit Trust, untuk tempoh yg sama katakan 20 tahun, jumlah pelaburan yang anda akan dapat nanti tidak sama. Secara logiknya, simpan RM 100 di Unit Trust akan mendapat jumlah pelaburan yg lebih banyak dari Insurans. Kenapa??? Insurans tetap insurans, sebahagian dana akan digunakan untuk membayar charge insurans. Tambah-tambah lagi kalau ada banyak rider macam premium waiver, atau medical card. Jadi sebahagian besar premium akan digunakan untuk membayar charge-charge rider tadi. Berbanding Unit Amanah, 100% dari RM 100 tadi akan digunakan untuk pelaburan saham amanah. Sudah tentu memang ada initial service charge tapi tidak tinggi sangat. Hanya sekitar 5%.

Tetapi, Insurans memiliki kelebihan perlindungan kepada pelabur. Contoh : kalau anak yg diinsuranskan jatuh sakit kritikal, anda mendapat sejumlah wang untuk rawatan si anak. Dan juga ada medical card untuk rawatan kos perubatan si anak. Jika si bapa meninggal atau lumpuh, si anak tetap mendapat bayaran premium percuma dari syarikat sampai tempoh matang. Berbanding Unit Amanah, jika anak terkena penyakit kritikal, anda terpaksa menggunakan duit poket sendiri utk merawat penyakit, sebab tidak ada medical card atau pampasan yg diberikan. Silap-silap anda terpaksa menggunakan dana pendidikan sedia ada untuk menampung kos rawatan. Jika si bapa meninggal, pelaburan RM 100 untuk anak setiap bulan akan terhenti. Jadi masa depan si anak akan terjejas.


KESIMPULAN: Kedua – dua instrumen di atas memainkan peranan yang penting. Insurans utk perlindungan, Unit Amanah untuk pelaburan.

Bagi sesiapa yg baru bercadang membina dana pendidikan anak, ingat, apa-apa pun safety come first. Untuk anak, Insurans perlu diutamakan dahulu. Sakit kritikal dan kos rawatan hospital anak perlu anda perolehi dahulu sebelum memikirkan soal pelaburan yg seterusnya. Terlebih dahulu Insurans untuk anda, pencari nafkah keluarga, perlu diutamakan. Untuk mendapat pakej lengkap dengan rider seperti premium waive, medical card,anda mungkin perlu mengeluarkan RM 120 – RM 150. Utk pelaburan dana pendidikan, jumlah ini tidak cukup. jadi jika ada bajet lebih, barulah fikirkan soal pelaburan. Anda boleh memilih untuk melabur di Saham Amanah yg dimiliki oleh syarikat insurans atau pun syarikat saham amanah yg khusus. Pelaburan akan dibuat secara 100%. Ini kerana charge insurans telah anda sediakan terlebih dahulu.

Jika anda sudah membeli plan pendidikan utk anak ( mula dari bayi 1 bulan ) dari Insurans berkait pelaburan, pastikan jumlah yg akan anda perolehi nanti adalah menepati dengan target kos pendidikan akan datang. Jika ia sudah mencukupi, tidak perlu lagi anda labur dalam Unit Amanah yang lain. Selalunya, premium dibayar adalah antara RM 200 – RM 300. Jika belum cukup, anda harus memikirkan untuk menambah pelaburan di dalam dana syarikat insurans sendiri atau saham amanah syarikat yang lain. Yang penting target dana pendidikan akan datang adalah menepati. Jika anda sebelum ini hanya melabur di dana saham amanah yang tidak menyediakan pakej insurans, anda harus pastikan : – medical card untuk anak anda bagi rawatan penyakit kritikal – anda sendiri memiliki insurans dengan jumlah pampasan yang tinggi. Pendek kata, jika anda meninggal dunia, pampasan yang diperolehi dapat menampung dana pendidikan anak anda. Bagi yang terbaik adalah, bahagikan 30% dari dana pelaburan anda ke insurans bagi tujuan perlindungan, dan 70% di saham amanah bagi tujuan pelaburan.

Dan yg paling penting, pastikan jumlah dana yg akan anda perolehi nanti MENEPATI TARGET KOS PENDIDIKAN masa tersebut. Sekian dahulu.


Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada saya di nombor perhubungan ini; 019-8735740 ataupun email pertanyaan anda ke alamat email ini; krangkang_2003@yahoo.com.

Tuesday, 1 September 2009

Public Mutual umum agihan pendapatan dua dana amanah

PUBLIC Mutual Bhd, mengumumkan pengagihan pendapatan bagi dua dananya, Public Dana SmallCap dan PB Dana Islamic Equity bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2009.

Anak syarikat milik penuh Public Bank bhd itu mengumumkan pengagihan pendapatan lapan sen seunit kepada pelabur Public Dana SmallCap dan dua sen seunit bagi PB Dana Islamic Equity.

Dalam kenyataan yang dikeluarkannya semalam, Public Mutual berkata, Public Dana Public Dana SmallCap yang dilancarkan pada 2000 adalah dana yang banyak memenangi anugerah, iaitu 10 anugerah dana dalam kategorinya termasuk Anugerah Dana Malaysia The Edge-Lipper dan Anugerah Dana Pelaburan Malaysia The Star/Standard & Poor’s.

Katanya, dana berkenaan menduduki tempat pertama untuk pulangan lima tahun dalam kategorinya dengan pulangan yang menarik iaitu sebanyak 90.3 peratus bagi tempoh berakhir 7 Ogos 2009, menurut Jadual Dana The Edge-Lipper bertarikh 17 Ogos lalu.

“Dana ini mencapai pulangan lebih baik daripada prestasi tanda arasnya yang mencatatkan pulangan sebanyak 49.5 peratus bagi tempoh sama,” katanya.

Public Dana SmallCap diedarkan oleh perunding unit amanah Public Mutual.

Sementara itu, PB Dana Islamic Equity yang dilancarkan pada 2005 dan diedarkan oleh cawangan Public Bank di seluruh negara menghasilkan pulangan tiga tahun sebanyak 29.9 peratus bagi tempoh yang sama.

Public Mutual adalah syarikat saham amanah swasta terbesar di Malaysia dan mengurus sebanyak 70 dana.


Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada saya di nombor perhubungan ini; 019-8735740 ataupun email pertanyaan anda ke alamat email ini; krangkang_2003@yahoo.com.